"Berarak ke Zion" - trailer filem dalam Bahasa Malaysia

Video

April 11, 2015

Lebih 4,000 tahun dahulu, Tuhan muncul di hadapan Nabi Ibrahim di Mesopotamia dan berkata kepada beliau, “Keluarlah kamu dari negaramu dan dari kerabatmu dan dari rumah bapamu, ke tanah yang aku kutunjukkan kepadamu. Dan aku akan membuatkanmu sebuah negara yang hebat.” Nabi Ibrahim menurut arahan Tuhan dan akhirnya sampai ke tanah yang dijanjikan di Canaan di mana beliau hidup bersama anaknya Nabi Ishaq dan cucunya Nabi Yaakob, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai ‘Israel’.

Israel dan 12 anak lelakinya berhijrah ke Mesir kerana kebuluran di tanah Canaan, dan di sana mereka membesar menjadi negara yang kuat. Orang Mesir berasa tergugat oleh negara Israel yang kuat di kalangan mereka, mereka memperhambakan mereka dan menyukarkan kehidupan mereka sekatan yang ketat. Selepas 430 tahun di Mesir, mereka dipimpin keluar dari perhambaan oleh Nabi Musa, kemudian merentasi Laut Merah dan masuk ke tanah Arab, di mana mereka menerima Hukum Tuhan yang baru di Gunung Sinai.

Generasi Bani Israel yang meninggalkan Mesir bersama Nabi Musa tidak dibenarkan memasuki tanah dijanjikan kerana tidak cukup beriman kepada Tuhan. Mereka terpaksa berkelana selama 40 tahun sehingga kelahiran generasi baru yang beriman kepada Tuhan dan memasuki tanah yang dijanjikan bersama Joshua.

Selama 400 tahun, 12 puak Bani Israel diperintah oleh para Hakim berdasarkan undang-undang Nabi Musa. Apabila mereka mahukan seorang raja seperti negara-negara lain, Tuhan melantik Saul untuk menjadi raja mereka. Beliau memerintah selama 40 tahun, sebelum digantikan oleh Raja Daud yang memerintah selama 40 tahun, dan kemudiannya putera Nabi Daud, Sulaiman yang memerintah selama 40 tahun. Ketika zaman pemerintahan Raja Sulaiman, negara Israel berada di kedudukan terbaik dan kuil pertama dibina, tetapi kerana hati Raja Sulaiman terpaling dari Tuhan pada usia lanjut beliau, Tuhan memberitahu beliau bahawa 10 puak tidak akan diperintah oleh putera beliau.

Selepas kematian Raja Sulaiman, negara Israel berpecah, dan 10 puak di utara diperintah secara berturutan oleh raja-raja kejam, yang bukan dari keturunan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Kerajaan Utara ini mengekalkan nama Israel dan kemudiannya menjadikan Samaria sebagai ibu negara. Kerajaan Selatan yang lebih kecil mendapat nama Judah, dan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negaranya dan diperintah oleh keturunan Nabi Daud. Bermula dari 2 Kings 16, rakyat Kerajaan Selatan dikenali sebagai ‘Jew’ mengikut nama kerajaan Judah.

Disebabkan kekejaman Kerajaan Israel Utara, mereka digulingkan dan ditangkap oleh orang Assyria. Bani Israel yang tinggal bercampur gaul dengan negara-negara kafir yang datang dan menakluk tanah mereka. Mereka ini akan dikenali sebagai Samaritan, dan 10 puak Israel Utara tidak akan bersatu sebagai satu negara lagi.

Kerajaan Judah Selatan akan kemudiannya ditakluk oleh Babylon sebagai hukuman kerana menyembah tuhan-tuhan lain dan kuil Sulaiman akan dihancurkan. Tetapi selepas 70 tahun, mereka akan kembali ke Judah, membina semula kuil di Jerusalem dan terus diperintah oleh raja-raja dari keturunan Nabi Daud.

Pada masa Nabi Isa, negara Judah dikenali sebagai Judaea dan berada di bawah pemerintahan Rom. Nabi Isa dan para pengikutnya menyebarkan ajaran Gospel ke seluruh Judaea kepada Bani Israel yang kehilangan. Selepas 3 tahun setengah, orang-orang Yahudi menolak Nabi Isa sebagai Messiah dan meyakinkan gabenor Rom menyalib beliau. 3 hari kemudian, beliau bangkit kembali dari kematian dan menunjukkan kepada pengikut beliau bahawa beliau masih hidup sebelum naik ke langit untuk mengambil tempatnya sebagai pembantu kanan Bapa di Syurga

Sebaik sebelum Nabi Isa disalib, beliau meramalkan yang sebagai balasan menolak beliau, Jerusalem akan dibakar, kuil akan dimusnahkan dan orang Yahudi akan ditangkap dan dibawa ke semua negara. Ramalan ini menjadi kenyataan pada 70 Masihi apabila Maharaja Rom Titus menakluk Jerusalem. Selama 1800 tahun, umat Yahudi kekal berselerak di semua negara.

Pada 1948, sesuatu yang mustahil berlaku. Negara Israel ditubuhkan dan orang Yahudi sekali lagi memiliki tanah yang dijanjikan. Banyak orang Kristian mengatakan ini adalah keajaiban dan satu kerestuan Tuhan, tetapi benarkah ini adalah kerestuan Tuhan, atau adalah sesuatu yang tidak kena disebaliknya? Filem ini mempunyai jawapannya.

 

 

 

mouseover